Terdapat beberapa faktor keistimewaan tanah lot yang menjadi penyebab kenapa sehingga hari ini ramai orang masih memilih untuk beli tanah sendiri. Ini termasuk: -
Murah
Sudah semestinya antara elemen yang penting untuk dinilai sebelum membuat sesuatu pembelian adalah harga sesuatu barang yang dijual. Ini jugak termasuk harga sebuah tanah lot. Jika dibandingkan dengan rumah berkonsepkan kondominium atau teres yang mempunyai nilai harga yang mencecah setengah juta iaitu 500k , harga sebuah tanah lot lebih murah dengan hanya 100k tidak termasuk kos-kos lain dengan secara kasar keluasan 3700 kaki persegi.
Hak milik kaum melayu
Mengikut perkara 89 dan 90 dalam perlembagaan persekutuan yang menyentuh tanah rezab kepada kaum melayu yang mana pembelian tanah merupakan keistimewaan bagi kaum melayu.
Proses senang
Jika anda ingin membina rumah sendiri dengan membeli sebuah tanah lot, proses adalah tidak serumit membeli sebuah rumah yang sudah siap seperti kondominium,perumahan teres dan lain-lain. Untuk memudahkan urusan,anda cuma mengikut langkah-langkah yang ditetapkan lantik peguam untuk uruskan pembelian tanah. Biar mereka yang uruskan hal-hal semakan tanah dan sekiranya semua memenuhi syarat dan ikut undang-undang, baru anda menjalankan pembelian tanah lot.
Proses membeli sebuah rumah yang sudah siap seperti perumahan atau kondominium agak rumit dimana ia melibatkan pinjaman bank dan boleh menimbulkan pertikaian terhadap pemaju. Tetapi, urusan mudah bukan bermaksud anda tidak berhati-hati dengan segala hal yang melibatkan pembelian sesebuah tanah lot. Anda mesti membuat kajian terlebih dahulu sebelum membeli sebuah tanah lot.
Tidak sangkut pada pinjaman bank
Anda tidak perlu membuat pinjaman bank sekiranya sudah mempunyai kewangan yang cukup untuk sebuah tanah lot dan ia hanya boleh berurusan dengan pihak pemaju dan peguam.
Ruang dan konsep kampung
Anda bebas untuk menghiasi rumah anda dengan pelbagai konsep yang anda inginkan seperti konsep kampung. Mempunyai laman untuk aktiviti berkebun dan untungnya,anda tidak perlu mengikut sebarang peraturan yang ditetapkan(hanya peraturan dan undang-undang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia).
Cukai tanah rendah untuk geran bersama
Dengan adanya tanah sendiri cukai tanah adalah rendah berbanding cukai tanah rumah yang telah siap.
Kenaikan nilai tanah dalam masa singkat
Jika untuk pelaburan jangka masa yang Panjang, mengikut fakta urus jual beli tanah menunjukkan bahawa rumah bertanah memberikan nilai yang lebih tinggi.
Whatsapp kami sekarang
Sila berhubungi dengan agent jualan kami untuk keterangan lanjut...