TanahLots.com

Prosedur / proses pembelian
tanah lot

Di sini kami akan menjelaskan prosedur / proses pembelian tanah lot yang dijalankan oleh kedua-dua pihak pembeli dan pemaju.

Prosedur Pembeli
  • Mengenal pasti status tanah dan pemaju - Mengenal pasti sama ada status tanah itu adalah tanah perindustrian, pertanian atau kediaman. Ini untuk memastikan anda hanya membina rumah di tanah kediaman dan tidak dedenda oleh kerajaan jika anda membina rumah di tanah pertanian. Selain itu, anda juga perlu membuat semakkan tentang latar belakang pemaju, contoh projek yang pernah diselesaikan oleh pemaju. 
  • Memastikan lokasi adalah strategik dan mudah diakses - Pastikan tanah lot itu adalah tempat yang anda berminat dan lokasi yang menarik untuk mendirikan rumah seperti dekat dengan sekolah, jalan besar atau surau. Selain itu, pembangunan disekitar lokasi tersebut pada masa depan juga menjadi unsur-unsur dipertimbangkan. 
  • Memilih lot yang anda berminat - Anda juga boleh memilih lot mana yang anda berminat untuk mendirikan rumah. Sebilangan pembeli ingin membeli rumah dengan nombor "lucky" ataupun rumah menghala ke selatan, utara, timur, atau barat. 
  • Bayaran deposit - Sekiranya anda setuju, anda boleh terus bayar deposit kepada pihak penguam dan bukan kepada ejen atau pun pemaju. Ini adalah memastikan urus niaga dijalan dengan terjamin.  
  • Menandatangani Perjanjian Jual Dan Beli dengan peguam - Mendatangani Perjanjian Jual Beli akan dijalankan selepas 2 minggu daripada tarikh pembayaran booking. Ini adalah memastikan pihak pembeli tanah lot lebih terjamin kerana dalam perjanjian itu terdapat segala butiran jual beli, dan baki bayaran akan dibayar semasa menadatangani perjanjian tersebut.
  • Membina rumah impian anda - Akhirsekali, anda terus boleh mendapatkan arkitek dan kontraktor yang berpengalaman untuk membina rumah idaman anda. Setelah selesai membina rumah, wakil arkitek mengeluarkan Sijil Kesiapan Bangunan dan Pematuhan kepada pemaju untuk mengesahkan bangunan tersebut telah siap dibina dengan sempurna. 
  • Masuk nama dalam geran - Selepas pertukaran status tanah pertanian kepada kediaman lulus, peguam akan menjemput pembeli tanah lot untuk berjumpa dengan pegawai bertugas untuk menukar atau masuk nama ke dalam geran. Pembeli hendaklah membawa dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, kad pengenalan penjual dan pembeli, geran hakmilik ASAL, borang 14A, surat pemegang amanah dan juga surat kebenaran pindah milik. 
Prosedur Pemaju
  • Semakkan dan membeli Tanah - Pemaju akan menyemak latar belakang tanah dan tuan rumah supaya tidak belaku perselisihan antara tuan tanah. Jikalau semua butiran tersebut adalah sah, pemaju akan membeli tanah dari tuan tanah dengan harga yang dipersetujui bersama.  
  • Tandatangan Perjanjian - Selepas bersetuju, pemaju akan menandatangani dokumen seperti geran, Perjanjian Jual Dan Beli, pelan dan lain-lain dokumen.
  • Juruukur tanah - Pamaju akan melantik seorang juruukur yang berpengalaman untuk membuat pelan tanah. Pelan susun atur yang telah siap disediakan oleh juruukur akan diserahkan ke Pusat Setempat di pejabat majlis daerah yang berkaitan. Jika mendapat persetujuan dari semua jabatan teknikal, Pusat Setempat akan meluluskan pelan susun atur tersebut dan akan dihantar ke pejabat tanah untuk penyediaan kertas kerja Exco.
  • Membersih kawasan hutan - Oleh kerana tanah lot kebanyakannya dekat dengan hutan, pemaju akan mengupah jurutera untuk membersihkan kawasan tersebut supaya senang untuk membina rumah. Jika tanah lot tidak rata, pemaju perlu meratakan tanah tersebut agar kerja pembinaan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.  
  • Penjualan Tanah - Pemaju akan mulakan penjualan tanah semasa proses membersihkan kawasan hutan. Proses ini adalah sama seperti mana pembinaan rumah kondo, rumah kondo biasanya akan habis dijual sebelum rumah siap dibina.
  • Infrastruktur - Apabila tanah lot sudah dibersihkan dan rata, maka kerja kerja pembangunan infrastruktur dapat dilakukan. Seperti, longkang, tangki air, system pembentungan, TNB dan juga rezab jalan.
  • Pertukaran status tanah pertanian kepada kediaman (tukar syarat lulus) - Kebiasaan kelulusan pertukaran status tanah pertanian kepada kediaman mengambil masa lebih kurang 4 bulan. Pembinaan bangunan dapat dibuat jika tanah lot adalah tanah pembinaan dan bukan tanah pertanian, melainkan Majlis Daerah memberi kelulusan untuk membina bangunan di tanah pertanian.
  • Pecah bahagian (geran individu) - Jika tiada halangan, juruukur akan pecah bahagian mengikut pelan susun atur untuk individu geran. Tempoh masa siap antara 6 bulan hingga 8 bulan untuk pecahan bahagian.



  Whatsapp kami sekarang
Sila berhubungi dengan agent jualan kami untuk keterangan lanjut...

Ⓒ Copyright 2024 TanahLots.com -
All Rights Reserved
Powered by www.8cent.com